pendidikan islam

Saturday, April 01, 2006

PERSATUAN PEND ISLAM SMK AGASEH

Assalamualaikum wrt. wbt,

blog ini merupakan blog pertama yang saya untuk Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab sekolah kami SMK Agaseh, Lahad Datu, Sabah.
Ini merupakan percubaan pertama saya membina blog dan sudah tentulah banyak kelemahannya. Tetapi diharapkan agar para pengunjung mendapat manfaat daripada isi kandungannya. Insyaallah isi kandungannya akan ditambah dari semasa ke semasa.
Kepada para pelajar saya Insyaallah saya akan tambahkan dengan nota-nota dan soalan-soalan pendidikan nanti.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab
b. Alamat : SMK Agaseh, Peti Surat 60254, 91112 L/Datu, Sabah

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. TUJUAN
Tujuan penubuhan Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab ialah untuk mengadakan satu kumpulan pelajar yang mendapat didikan serta mengamal dan menghayati ajaran Islam sebenar. Antara penekanan yang diberikan ialah seperti berikut :
3.1 Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.

3.2 Menyusun dan menggerakkan persatuan untuk meningkatkan kefahaman, penghayatan dan menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.

3.3 Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.

3.4 Melahirkan tenaga manusia yang benar-benar berkemampuan dan berketrampilan.

3.5 Memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua pelajar beragama Islam sekolah ini. Keahlian
pelajar aliran Arab adalah WAJIB.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala
ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui projek-projek
atau aktiviti tertentu yang dijalankan dari semasa ke semasa.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.2 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengetua.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.


………………………. ...................................... .....................................
( ) ( ) ( )

Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat

Tarikh:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home