pendidikan islam

Saturday, April 01, 2006

kertas kerja

Ilustrasi oleh:
kART’S



_____________
KANDUNGAN



Kertas Kerja Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah







Muka Surat

1. Pengenalan, Matlamat dan Objektif, AJK Pelaksana Program
3
2. Tema, Tarikh, Hakim, Acara, Tempat, Masa dan Kategori, Sasaran
4
3.
Anggaran Perbelanjaan, Penutup 5
4. Lampiran 6









Pengenalan

Para pelajar merupakan aset penting dalam masyarakat bagi menentukan masa depan Negara yang lebih terjamin. Dewasa ini pelajar sering terdedah dengan gejala-gejala yang kurang sihat seperti keruntuhan akhlak, ponteng sekolah, berpeleseran, merokok dan yang lebih mencemaskan lagi pelajar terdedah kepada bahaya penagihan dan pengedaran dadah.
Menyedari hakikat itu Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah untuk memupuk minat para pelajar untuk lebih menjiwai ajaran Islam serta dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang lebih berfaedah. Adalah diharapkan program seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru di samping melatih pelajar untuk meningkatkan kemampuan diri masing-masing

1.0 Matlamat dan Objektif

1.1 Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.

1.2 Menguji pengetahuan para pelajar dan mencungkil bakat istimewa di kalangan pelajar

1.3. Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan pelajar dan guru dalam suasana yang tidak formal

1.4 Melahirkan tenaga manusia yang benar-benar berkemampuan dan berketrampilan.

1.5 Memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan dan memupuk semangat kesukanan dan pertandingan di kalangan pelajar.

2.0 AJK PELAKSANA PROGRAM

Penaung : Pengetua
En. Yeoh Sek Goh

Guru Penasihat : Ustazah Kartini Yusof
Ustazah Sarimah Abdullah

Pengarah : Mohd Ridzuan Hassim

Timbalan Pengarah : Syafiqah Naidah Sarifuddin

Setiausaha : Mhd Nasrun Yusof

Bendahari : Maya Husna Abd Malek

Pengurus Peralatan : Asma’ Wahida Ismail
Saliza Salsagap

Pengurus Minuman : Mohd Nazmi Mohd Nuin :
Nur Cahaya Supuk

Pengurus Hadiah : Mohd Sah Rahmat Sahirullah
Siti Mardhiah Itantoro


Tema

“Islam Hadhari Pembina Umat Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”

Tarikh

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat sekolah ini akan dilaksanakan pada 8 Mac 2006

Hakim

Seramai 15 orang guru yang terlibat sebagai Hakim dalam program ini. Guru-guru tersebut ialah:


Bil
Nama Guru
Tugas
1. Ustazah Wan Zaiton Megat Idris Hakim Tilawah
2. Ustazah Roslina Ismail Hakim Nasyid
3. Ustaz Ahmad Parakasi Hakim Hafazan
4. Ustaz Mohd. Khairu Redhuan Deraman Hakim Tilawah
5. Ustaz Mohd Fahmi Mustapa Hakim Syarahan
6. Ustaz Hamizan Umar Hakim Tilawah
7. Ustaz Mohd Suhaimi Awang Hakim Hafazan
8. Ustazah Kartini Yusof Hakim Syarahan
9. Ustazah Sarimah Abdullah Hakim Hafazan
10. Ustazah Mahani Endut Hakim Nasyid
11. Ustazah Rosyawati A. Rahim Hakim Syarahan
12. Ustazah Norazma Yusoff Hakim Syarahan
13. Ustazah Radiah Mahmud Hakim Tilawah
14. Ustazah Siti Kamilah Mohd Zain Hakim Kuiz
15. Ustazah Zarirah Ishak Hakim Kuiz

Bilangan Acara, Tempat, Masa dan Kategori

Bil Acara Tempat Masa Kategori
1 Syarahan Bahasa Melayu Dewan Sri Budiman 10.30-1.30 Lelaki & Perempuan
2 Syarahan Bahasa Arab Dewan Sri Budiman 10.30- 1.30 Lelaki & Perempuan
3 Nasyid Dewan Sri Budiman 10.30-1.30 Lelaki
4 Kuiz Bilik Gerakan 10.30-11.30 Terbuka
5 Tilawah Bilik APD 10.30-12.30 Lelaki & Perempuan
6 Hafazan Bilik APD 10.30-12.30 Lelaki & Perempuan

Sasaran

Majlis Tadarus Al-Quran ini terbuka kepada semua pelajar Islam SMK Agaseh dan Maklumat tentang pendaftaran penyertaan telah diumumkan dalam perhimpunan serta iklan tentang perkara tersebut ditampal di setiap kelas.

Anggaran Perbelanjaan

Perbelanjaan untuk program ini dipohon dari pihak sekolah. #Sila rujuk lampiran


Penutup

Pihak Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab sekolah ini amat berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan dan kebenaran yang diberikan untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak persatuan juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak sekolah memberikan sumbangan dalam bentuk hadiah dan sebagainya bagi menjayakan Majlis ini Pihak kami juga amat menghargai seluruh warga sekolah yang memberikan sepenuh kerjasama sehingga terhasilnya kertas kerja ini. Segala aktiviti dalam kertas kerja ini boleh dijadikan panduan dan rujukan pada masa-masa yang akan datang. Persatuan mengharapkan agar program ini akan menjadi pemangkin ke arah penghayatan Islam di kalangan pelajar SMK Agaseh. Semoga segala usaha yang dicurahkan dalam mennjayakan program ini dicatat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT Amin Ya Rabbal Alamin.






Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ………………………………..
(USTAZAH KARTINI YUSOF) (EN YEOH SEK GOH)
Guru Penasihat Pengetua
Persatuan Pendidikan Islam/B.Arab 2006 SMK Agaseh, Lahad Datu.

Tarikh: 22 Februari 2006 Tarikh: ………………..












SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGIKUTI MTQ PERINGKAT SEKOLAH

Bil Nama Pelajar Tingkatan Acara
1 Mohd. Azmie Edwin 3 S Inovatif Syarahan(BM)
2 Marwen Ibrahim 3 S Dinamik Syarahan (BM)
3 Rosman Lamapa 2 K Iltizam Nasyid
4 Mohd Safuan Tangung 2 K Iltizam Nasyid
5 Azlizan Riduan Acho 2 K Murni Nasyid
6 Sidik b. Junaidi 2 K Iltizam Nasyid
7 M. Kamarol b. Kamis 2 K Iltizam Nasyid
8 M. Azmie b. Abdas 2 K Iltizam Nasyid
9 Salim Nasyid
10 Nordiansah Basirun 6 A Bestari Nasyid
11 Jaidi Harun 6 A Bestari Nasyid, tilawah
12 Mohd. Shahrizal 6 A Delima Nasyid, tilawah
13 Mohd Hairul 6 A Bestari Nasyid
14 Amir Abdul Rahman 6 A Bestari Nasyid
15 Khalid Nasyid
16 Mohd Razmi 6 A Gemilang Nasyid
17 Norris 6 A Gemilang Nasyid
18 Masri 6 A Delima Nasyid
19 Datu Mohammad Khalil Syazren Datu Ibrahim 5 Karisma Nasyid
20 Romy Hernawan Ali 5 Harapan Nasyid
21 Muharram Amir Nasyid
22 Mohd Ridzuan Hassim 4 Jauhari Nasyid, Syarahan(BA)
23 M. Azreen Aman Printis Nasyid
24 M. Nazreensyah Bacho Nasyid
25 M. Faizal Mustapa Nasyid
26 M. Hazliansyah Saharan 3 Optimis Nasyid
27 Salizah Salsagap 4 Jauhari Tilawah
28 Firdausia Tauping 4 Jauhari Tilawah
29 Noor Ashikin bte Khalid 2 S Inovatif Syarahan(BM)
30 Anie Ian Sergovia 2 S Inovatif Syarahan(BM)
31 Sharinah Abdul Rim 3 S Dinamik Syarahan(BM)
32 Siti Syamsiah Abdul Rim 3 S Inovatif Syarahan(BM)
33 Mohd Sah Rahmat Sahirullah 3 K Iltizam Syarahan(BM)
34 Nur Idrawaty Sahirullah 2 K Setia Syarahan(BM)
35 Salmi Ahmad 2 K Harmoni Syarahan(BM), tilawah
36 Azieyana Azie 2 K Harmoni Syarahan(BM)
37 Sittilin Salleh 2 E Tulus Syarahan(BM)
38 Artinah Mohd Arif 2 E Tulus Syarahan(BM)
39 Nuratishah Eramshah 3 S Dinamik Syarahan(BM)
40 Norliza Bamsuani 4 Karisma Syarahan(BM), kuiz
41 Norellah Abu Bakar 4 Karisma Syarahan(BM), kuiz
42 Muhammad Suhaimin Abdul Hamid 3 K Iltizam Tilawah
43 Ian Segovia @ Aiyen 4 Arif Syarahan(BM)
44 Mohd Azrie Abdullah 4 Jauhari Syarahan(BA)
45 Akmal Hazreen Jamaluddin 5 Bestari Syarahan(BA)
46 Azrul Azizi Adus 5 Bestari Syarahan(BA)
47 Mazwansyah Masduki 5 Bestari Syarahan(BA)
48 Mohd. Syafiq Edin 5 Bestari Syarahan(BA)
49 Faizah Asmat 5 Bestari Syarahan(BA)
50 Nor Siti Hajar Jaya 5 Bestari Syarahan(BA)
51 Siti Umairah Ali Hamdan 5 Jauhari Syarahan(BA)
52 Azmi Amat 4 Delima Syarahan(BM), kuiz
53 Ustianishah Hussin 3 K Harmoni Tilawah
54 Norazimah Muhyiddin 2 S Optimis Tilawah
55 M. Fauzi Muhyiddin 3 S Progresif Tilawah
56 Nurul Aida Hamdan 2 K Iltizam Hafazan
57 Siti Salehah Amir Sah 5 Delima Syarahan(BM), kuiz
58 Nor Farah Ain M. Azman 4 Jauhari Syarahan(BM)
59 Siti Mardhiah Itantoro 4 Jauhari Syarahan(BM), tilawah
60 Malim Dimar Ladjasal 4 Bestari Syarahan(BM), (BA)
61 Kamaluddin Burhanuddin 4 Gemilang Syarahan(BA)
62 Asrianto Abdullah 4 Jauhari Syarahan(BM)
63 Mhd. Nasrun Yusoff 5 Gemilang Kuiz, Syarahan(BM)
64 Asniah Asifin Syarahan (BM), tilawah
65 Suriami Tateh Syarahan (BM)
66 Nurul Dina Faryana Syarahan (BM)
67 Yuliana Laambo 3 E Tulus Kuiz
68 Zaliha Bastam 3 E Tulus Kuiz
69 Rosnah Amir 3 E Tulus Kuiz
70 Shahfizah Toni 3 E Tulus Kuiz
71 Norhabibah 3 E Tulus Kuiz
72 Khadijah 3 K Bistari Kuiz
73 Roziana 3 E Tulus Kuiz
74 Surianah 3 E Tulus Kuiz
75 Norashikin Ferhana 3 E Tulus Kuiz
76 Rahina 3 E Tulus Kuiz
77 Kasmawati 3 E Tulus Kuiz
78 Ridzka 3 E Tulus Kuiz
79 Norhansira 3 E Tulus Kuiz
80 Siti Nelmawati 3 E Tulus Kuiz
81 Norhamra 3 K Bistari Kuiz
82 Siti Khadijah 3 K Bistari Kuiz
83 Farah Izyati 3 K Bistari Kuiz
84 Marlina Darul 4 Jauhari Kuiz, syarahan (BA)
85 Rafeedah Famizan Supardi 4 Bestari Kuiz
86 Norfaedah Acho Kuiz
87 Nur Maechea 2 K Iltizam Kuiz
88 Nurul Aida Hamdan 2 K Iltizam Kuiz
89 Farahatun Nailah Mansor 2 K Iltizam Kuiz
90 Nurhafizah Jalani 5 Arif Kuiz
91 Siti Khadizah 5 Bestari Kuiz
92 Siti Nur Jurina 5 Harapan Kuiz
93 Jemalin 5 Jauhari Kuiz
94 Nurhayati 5 Karisma Kuiz
95 Nurul Hayati Lasuboh 1 S Optimis Tilawah
96 Supardi Lasupu 1 K Arif Tilawah
97 Lizawati Haris 2 K Gemilang Tilawah
98 Asma Wahida Ismail 4 Bestari Kuiz
99 Al-Najib Benjamin Nasyid
100 Julina 5 Jauhari Kuiz
101 Mohd Salehan Selamat 2 K Murni Nasyid
102 Adi Abd Rahim 2 E Imtiaz Nasyid
103 Asmira Dahlan 2 K Harmoni Tilawah
104 Suhbainun Hj. Lasuboh 2 S Optimis Tilawah
105 Nurhayati Saha 2 E Tulus Tilawah
106 Suriani 2 S Kreatif Tilawah
107 Mohd. Hakim 2 S Kreatif Tilawah
108 Nurlina Lambona 2 S Kreatif Tilawah
109 Shafiqa Naidah 4 Bestari kuiz
110 Nurul Anis Ahmad 4 Delima kuiz
111 Maya Husna 4 Delima kuiz
112 Norazelah Samsudin 4 Delima kuiz

AN-NUR (2)

Assalamualaikum wrt. wbt………..
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

TAKWIM

TAKWIM PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG 2006

BULAN AKTIVITI TINDAKAN
JANUARI
-Mesyuarat Agong
FEBRUARI
--Buletin bulanan
-Teka silang kata siri 01
MAC
-Pertandingan MTQ peringkat sekolah
-Teka silang kata siri 02
-Buletin bulanan
APRIL
-Komik berunsurkan Islam
--Kuiz Siri 01
-Buletin bulanan
MEI
-Teka silang kata siri 03
--Kuiz Siri 02
-Buletin bulanan
JUN
-Sukaneka
-Kuiz Siri 03
-Teka silang kata siri 04
-Buletin bulanan
JULAI
-Khemah ibadah
-Kuiz Siri 04
-Teka silang kata siri 05
-Buletin bulanan
OGOS
-Lawatan
-Kuiz Siri 05
-Teka silang kata siri 06
-Buletin bulanan
SEPTEMBER
-Sembahyang hajat
-Buletin bulanan
OKTOBER
-Buletin bulanan
-Pengemaskinian buku laporan / fail persatuan

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI
PERSATUAN PEND. ISLAM / B. ARAB, SMK AGASEH 2006


PENAUNG : EN. YEOH SEK GOH

PENASIHAT : USTZ. KARTINI YUSOF
USTZ. SARIMAH ABDULLAH

PENGERUSI : MOHD RIDZUAN HASSIM

NAIB PENGERUSI : SYAFIQAH NAIDAH SARIFUDDIN

SETIAUSAHA : MHD NASRUN YUSOF
PEN. SETIAUSAHA : ASMA WAHIDA ISMAIL

BENDAHARI : MAYA HUSNA ABD MALEK
PEN. BENDAHARI : MOHD NAZMI MOHD NUIN

AJK KECIL : MOHD SAH RAHMAT S.
SITI MARDHIAH ITANTORO
SALIZAH SALSAGAP
NORHAFIZAH JALANI

PERSATUAN PEND ISLAM SMK AGASEH

Assalamualaikum wrt. wbt,

blog ini merupakan blog pertama yang saya untuk Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab sekolah kami SMK Agaseh, Lahad Datu, Sabah.
Ini merupakan percubaan pertama saya membina blog dan sudah tentulah banyak kelemahannya. Tetapi diharapkan agar para pengunjung mendapat manfaat daripada isi kandungannya. Insyaallah isi kandungannya akan ditambah dari semasa ke semasa.
Kepada para pelajar saya Insyaallah saya akan tambahkan dengan nota-nota dan soalan-soalan pendidikan nanti.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab
b. Alamat : SMK Agaseh, Peti Surat 60254, 91112 L/Datu, Sabah

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. TUJUAN
Tujuan penubuhan Persatuan Pendidikan Islam / Bahasa Arab ialah untuk mengadakan satu kumpulan pelajar yang mendapat didikan serta mengamal dan menghayati ajaran Islam sebenar. Antara penekanan yang diberikan ialah seperti berikut :
3.1 Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.

3.2 Menyusun dan menggerakkan persatuan untuk meningkatkan kefahaman, penghayatan dan menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.

3.3 Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.

3.4 Melahirkan tenaga manusia yang benar-benar berkemampuan dan berketrampilan.

3.5 Memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua pelajar beragama Islam sekolah ini. Keahlian
pelajar aliran Arab adalah WAJIB.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala
ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui projek-projek
atau aktiviti tertentu yang dijalankan dari semasa ke semasa.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.2 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengetua.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.


………………………. ...................................... .....................................
( ) ( ) ( )

Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat

Tarikh: